Monday, August 18, 2008

RX-WATER -Terapi Air Penyembuh Aura






Sistem Rx-WaterTM adalah penemuan terbaru didalam teknologi penulenan air sejagat. Ia suci, bersih dan boleh memecahkan molekul air menjadi sekecil mungkin supaya ia mudah diserap ke dalam sel-sel badan dan sistem darah yang kemudiannya akan diedarkan ke seluruh tubuh badan dan menjadikan anda sihat daripada kepala hingga ke kaki.

Memang sudah diketahui umum bahawa kualiti air yang kita minum memberi kesan kepada kualiti air didalam badan dan sel-sel badan kita. Mengambil air yang berkualiti rendah dalam jangkamasa yang lama akan merosakkan sel-sel tisu di dalam badan dan secara tidak langsung akan membawa kepada penyakit yang tidak diingini. Oleh itu tidak hairanlah air memang sudah diiktiraf di mata dunia sebagai satu rahsia kepada kehidupan yang sihat dan panjang hayat.

Prinsip yang digunakan untuk Terapi Rx-WaterTM adalah melalui cara penyembuhan dengan menggunakan air sebagai media utama. Fikiran yang positif, zikir, percakapan dan tenaga serta semangat untuk sihat boleh di pindahkan kepada Rx-Water TM melalui gegaran. Justeru,apabila kita minum air itu, tenaga positif ini akan dipindahkan kepada sel-sel dalam badan kita dan ini akan membantu proses penyembuhan.





Kita harus sedar bahawa air yang bersih, suci dan berkualiti mempunyai sumber tenaganya yang tersendiri dan kebanyakkan prinsip perubatan kuno adalah juga berasakan air, bukan sahaja dari segi rawatan untuk simptom-simptom yang tertentu, tetapi juga ia merupakan sebagai sumber kepada kehidupan dan kesihatan kita. Inilah yang menjadi asas Terapi Air Penyembuh Aura Rx-WaterTM.



Perlulah diingati bahawa sebelum anda minum Rx-WaterTM, mintalah dengan nama Tuhan yang Maha Kuasa, kesihatan yang anda inginkan untuk tubuh badan anda dan hembuskanlah permintaan anda itu ke dalam Rx-WaterTM. Berlainan kaedah boleh dilakukan bergantung kepada keadaan.



Untuk maklumat lanjut mengenari Rx-WaterTM Terapi Air penyembuh Aura, Sila lawati http://www.rx-water.com.my/ atau sila rujuk buku "AIR OH AIR" oleh Dr. Noordin Darus.




RX-SALT - Pemangkin dan Pengimbang Rx-WaterTM



Garam bukan sahaja penting untuk kehidupan, tetapi juga untuk kesihatan. Ia mengekalkan keseimbangan elektrolit di dalam dan di luar sel. Kebanyakan garam datang dari makanan sementara setengahnya dari air. Kekurangan kandungan garam boleh memberikan masalah. Malah penambahan pengambilan garam telah digunakan secara berkesan untuk menangani Sindrom Kelesuan yang Kronik.

Rx-SaltTM adalah campuran Garam Mata Air Bario yang dipanggang dan Garam Buluh Batu yang ditapis menggunakan Rx-WaterTM dan kemudiannya dipanggang.

Garam Mata Air Bario Yang Dipanggang
Bario terletak dikawasan pergunungan di Timur Laut Sarawak, berdekatan dengan sempadan Kalimantan, satu kawasan yang terkenal dengan mata airnya. Air dari mata air yang mengandungi air garam direbus selama 24 jam sebelum garamnya diekstrak. Garam itu diletakkan di atas pucuk buluh yang kemudiannya dipanggang sehingga kering menggunakan kayu balak. Pucuk buluh itu dibuka dan garam bario dikeluarkan. Garam Bario kemudiannya dibalut dengan daun-daun pokok pine.


Garam BuluhDi Korea, buluh merupakan salah satu tumbuhan yang penting didalam bidang perubatan .Setiap bahagian seperti bahagian hujungnya, akar dan juga daun mempunyai fungsi yang berlainan. Garam buluh diperbuat daripada garam air laut yang telah dijemur sehingga kering dan dimasukkan ke dalam batangnya dan kemudian dibakar berulang kali sebanyak 3,6 atau 9 kali pada suhu 900 celcius atau 1500 celcius untuk membuang segala bahan galian dan juga toksin. Keseluruhan proses mengambil masa selama satu bulan. Garam Buluh Korea mempunyai garam mineral organik dan juga 70 ke 80 elemen yang penting dan juga mineral.


Keunikan Rx-SaltTM:

Rasa yang sangat enak dan boleh digunakan sebagai penambah rasa.


Mengandungi lebih daripada 70 zat galian penting dan mikronutrien.


Mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan zink yang tinggi.


Mengandungi Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) yang tinggi - sukatan keupayaan melawan radikal-radikal bebas yang membahayakan.


Mempunyai kandungan "TENAGA PENTING TERMAMPAT" yang tinggi iaitu "KI" atau yang dipanggil sebagai "QI" dan digunakan didalam bidang perubatan tradisi Korea.



Kebaikan mengambil Rx-SaltTM bersama-sama dengan Rx-WaterTM

Sintesis mineral, vitamin dan enzim-enzim untuk membantu metabolisme.

Membantu membersihkan darah.

Mengekalkan pH badan dimana mineral boleh meneutralkan toksin-toksin berasid seperti asid urik dan asid berlebihan di dalam badan dengan pantas.

Menggalakkan imunisasi

Membantu mengurangkan tekanan darah rendah

Membantu memperbaiki keadaan pesakit kencing manis.

Baik untuk melawan penyakit gusi.


Membantu alahan, masalah penghadaman, arthritis, gout dan pelbagai penyakit lain.


Membantu melambatkan proses penuaan, penyakit-penyakit kronik dan kanser.


Mengelakkan sakit tekak, alergik hidung dan penyakit trakea.


Mencantikkan kulit.

No comments: